Sabtu, 26 Mei 2012

Sejarah Roti...

   Roti (yang berasal dari perkataan roikā) merupakan satu kumpulan makanan ruji yang disediakan dengan dibakar, dikukus, atau digoreng doh mengandungi paling kurang tepung dan air.Garam diperlukan dalam kebanyakan kes, dan bahan penaik boleh digunakan. Setengah roti turut mengandungi rempah (seperti biji caraway) dan bijiran (bijan, biji popi). Bijiran turut digunakan bagi tujuan hiasan.

   Di zaman Mesir silam, penghasilan roti merupakan salah satu bahagian penting dalam penyediaan makanan, bersama dengan penghasilan bir kedua-duanya mempunyai juga kepentingan keagamaan, dipercayai bahawa orang-orang Mesir mencipta oven tertutup pertama bagi pembakaran roti. Roti merupakan makanan ruji utama dalam diet bagi kebanyakan sejarah Eropah, seawal semenjak 1000 BC sehingga masa kini. Sepanjang beberapa ratus tahun, jumlah pendapatan rumah Eropah yang dibelanjakan bagi membeli roti telah perlahan-lahan berkurangan secara tetap dengan pengurangan kos penghasilan dan penggunaan per kapital.
   Otto Frederick Rohwedder dianggap sebagai bapa bagi roti potong. Pada tahun 1912 Rohwedder mula memajukan mesin yang mampu memotong roti, tetapi kedai roti keberatan menggunakannya kerana mereka bimbang roti akan masuk angin dan menjadi keras. Hanya pada tahun 1928, apabila Rohwedder mencipta mesin yang memotong dan membungkus roti, barulah roti keping menjadi popular. Kedai roti di Chillicothe, Missouri adalah yang pertama menggunakan mesin ini bagi menghasilkan roti keping.
   Selama beberapa generasi, roti putih dianggap roti bagi orang kaya sementara orang miskin makan roti gelap. Bagaimanapun konotasi ini berubah pada abad ke-20 dengan roti gelap dianggap mempunyai kandungan zat yang lebih tinggi berbanding roti putih sementara roti putih dikaitkan dengan kejahilan orang miskin mengenai zat pemakanan. Baru-baru ini, pembuat roti domestik yang menghasilkan roti secara automatik menjadi popular di rumah.

1 komentar:

quintilianzadeh mengatakan...

CASINO - JTM Hub
JTM.com Casino is your one-stop shop 충청남도 출장마사지 for all your favourite casino games, 세종특별자치 출장샵 including 원주 출장안마 slots, 광명 출장안마 table 제천 출장샵 games and live dealer tables. Get bonus spins,

Posting Komentar

Sebelum Menutup blog ini, berikan komentar dahulu ya... Dan ingat jangan memberikan komentar dengan kata-kata yang kasar... ^_^


 
Copyright© All Rights Reserved Naurapesat.blogspot.com